Dr Ismail Aby Jamal

Dr Ismail Aby Jamal
Born in Batu 10, Kg Lubok Bandan, Jementah, Segamat, Johor

Saturday, September 10, 2011

This world has plenty for us to share. Let's do it...!

Aspan Alias

Dalam isu siapa pejuang kemerdekaan negara sekarang sedang hebat diperdebatkan. Tetapi tidak apalah, kerana pilihanraya sudah hampir tiba. Umno memang sebuah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tetapi UMNO hanya memasuki perjuangan kemerdekaan itu di pusingan akhir perjuangan itu dan UMNOlah yang kumpulan yang terakhir untuk menyudahkan perjuangan dan menerima kemerdekaan itu.

Yang menjolok buahnya ramai tetapi belum berjaya. Tetapi kejayaannya sampai apabila UMNO wujud untuk menyambut buah yang akan jatuh setelah banyak pihak yang menjoloknya. Memangpun hakikatnya siapa yang menjolok buah itu jarang-jarang yang dapat menyambutnya. Selalunya orang lain yang menyambutnya dan mereka lah yang menerima buah-buah yang jatuh tadi.



Oleh kerana UMNO adalah kumpulan yang terakhir yang menjoloknya maka UMNO lah yang menyambut buah kemerdekaan itu. Yang menjolok sebelumnya ramai. KMM, API dan banyak lagi yang menjolok kemerdekaan ini. Malahan PKM juga merupakan salah satu di antara banyak kumpulan yang menjolok kemerdekaan tetapi PKM berjuang melakukannya dengan mengangkat senjata. PKM sudah di haramkan kewujudannya dan kita semua menerima pengharaman itu dengan baik.



Dalam isu ini yang hanya boleh menyelesaikan perdebatan ini ialah untuk kita semua mengakui yang sejarah kita yang mengatakan UMNO itu merupakan parti yang memperjuangkan kemerdekaan itu adalah seratus peratus benar. Tetapi yang kurangnya dalam penulisan sejarah kita ialah kita meninggalkan nama-nama manusia perjuangan kemerdekaan dengan pertubuhan-pertubuhan mereka yang telah berhempas pulas untuk melepaskan negara kita dari belenggu penjahan asing itu.



Kalau kita manusia yang berfikir dan mempunyai perasaan tentulah kita faham yang orang lain pun mempunyai perasaan. Kenapa kita tidak terima sahaja yang sebelum UMNO diwujudkan itu puluhan badan-badan dan pertubuhan yang wujud dengan semangat perjuangan untuk memerdekan negara. Apa salahnya kita terima hakikat ini dan berbaik-baik di antara semua pihak. Jika sudah bertengkar tidak boleh kah bersama-sama mengakui yang kedua-dua belah pihak ada betulnya dan ada kesalahannya.



Sekarang sudah jelas yang UMNO merupakan parti yang memperjuangakan kemerdekaan dan sebelumnya ada puluhan pertubuhan yang wujud dengan tujuan yang sama. Oleh kerana itu sudah menjadi kenyataan apa lagi yang hendak bertengkar ini? Semua orang tahu yang pilihanraya akan tiba dan tentulah isu ini dijadikan isu oleh pihak yang berkuasa untuk mengekalkan kuasa dan mandat rakyat. Pulangkan kepada rakyat untuk menilainya.



Akhirnya sekali lagi kita akui yang pertubuhan yang banyak wujud uitu semuanya bertujuan untuk memerdekan negara termasuk UMNO.

Comments (4)...

written by antares, September 10, 2011 16:42:23

Politikus umeno bukan sahaja buta hati tetapi sekarang sudah jelas buta tuli. Mereka sangaka terlalu pandai berMain Silap Mata - apa dah jadi? Sekarang sudah Terjoloh Bijik Mata dan Buah Pelir sendiri. Waduh, waduh, aduh, mooo, moooo lembu sudah kena sembelih, sakitnya hati umeno.



Pada umeno, ini pekara biasa saja - buat tebal muka sahaja. Yang hairannya, rupa-rupanya ada juga cerdik pandai seperti tuan,tuan professor pun sangup cair jadi professore kangkong, otak bijak sekali gus terus jadi sewel, gagal membezakan faktor zaman yang dihebohkan, apatah lagi kalau ditanya siapa pula sebenarnya si Penjajah dan siapa pula si Penentang Penjajah pun terus sanngup jadi bengap. Tidak hairanlah penyakit ajaran politikus umeno/BeND picit pelir telor kini sudah menjangkit berleluasan.



Ini semuanya adalah angkara wabak penyakit "Self Denial Syndrom" – pandai “cakap tak seupa bikin”, kerana terlalu ashik nak mempertahankan dosa bank "tong taik". Padan muka sendirilah umeno/BeND katoi, mengah hendak menjawab!



Sekarang paling seronok kita hendak dengar jika ada cerita dongeng menteri kabinet dapor umeno/BeND termengah-mengah mecari kerusi selamat untuk menyelit dalam GE13, kah, kah kak ..

written by arazak, September 10, 2011 14:43:29

Prof Kangkong Khoo Kay Peng bukan aje bangang tapi penipu. Dia kata Mat Indera bukan warga Malaya sedangkan Mat Indera lahir pada tahun 1920 dan membesar di Johor.

Sekarang lagi satu Prog Kangkong Zainal Keling. Dia kata neagra kita tidak di jajah oleh British. Kalau tak di jajah kenapa British kenakan cukai pada rakyaat Malaya? Kalau tidak diJajah kenapa British kaut keuntugan dari hasil getah dan bijih timah? Kalau tak dijajah kenapa tuntut kemerdekaan dari British?



Mungkin Allahyarham Tengku tu gila agaknya bila dia laungkan "merdeka" 7 kali dalam Stadium Merdeka pada tahun 1957? Mungkin orang Malaya pada Malam 31 Ogos semua sudah sasau bila mereka turunkan bendera Union Jack dan naikan Bendera Malaya a la Amerika sambil menyanyikan lagu terang Bulan?

Semua Prof Kangkong itu sudah jadi sundalan UMNO belaka! ...

written by educationist, September 10, 2011 11:31:06

Malangnya pelacur ahli sejarah bernama Khoo apa tu tegas katakan negara kita tak pernah dijajahkan oleh pihak British!!

Jadi , buat apa si UMNOputra tu asyik nak buat tuntutan meraka yang bawa kemerdekaan kepada negara kita?? ..

written by doitanyway, September 10, 2011 08:29:28

It is my humble opinion Aspan Alias has written an article which is well thought with reasons put across.

This world has plenty for us to share. Let's do it. !

We have nothing much to lose and let's not forget there are others too who has contributed in many ways but do not get to share the fruits of their labour and effort.

My thank you to those unsung heroes of the past. You will not be forgotten.

No comments: