KESIMPULAN NYA IALAH ORANG2 POLITIK SAJA YANG TERLIBAT DENGAN KES2 LIWAT YANG JIJIK DAN MUAK NI......JUTAAN RAKYAT BIASA SIBOK DENGAN KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG!! ITU LAH HAKIKAT NYA.......
Dahulu, Mahathir dibenci ramai sebab dia dikata bapak konspirasi. Sekarang ni siapa bapak konspirasinya? Kes bermula semasa Abdullah Badawi masih PM. Diakah kepalanya? Sekarang dia bukan PM lagi, Najib yang PM. Bolehkah konspirasi dipass-pass seperti bolasepak daripada satu PM ke satu PM? Mungkinkah apa yang berlaku sekarang bukan konspirasi?
By KULOP MIKO
Perbicaraan mahkamah kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sedang lancar berlangsung sekarang. Setiap hari teman baca di internet lapurannya. Suratkhabar tak main dah. Teman tak sentuh pun suratkhabar sebab tak boleh harap langsung. Berat sebelah bebenor, bak kata orang Perak.
Masa kes liwat DSAI yang pertama dulu, rajin juga teman pergi ke mahkamah. Memang susah nak dapat masuk ke bilik mahkamah. Kalau tak datang awal, jawabnya tak dapat masuklah sebab barisan orang yang menunggu nak masuk dah panjang dan ruang terhad. Ada kawan-kawan teman sanggup tidur di perkarangan mahkamah untuk masuk keesokan harinya. Jadi teman lebih kerap habiskan masa berlegar-legar di kawasan Masjid Jamek, tunggu DSAI masuk dan keluar bilik mahkamah sebab nak lambai dan jerit ‘Reformasi’ kat dia. Itulah sokongan moral namanya. Memang ramai orang masa itu. Boleh dikatakan setiap hari macam itu. Tujuannya tak lain dari nak beri sokongan moral kepada seorang insan yang pada pandangan kami sedang dizalimi.
Jadi teman hairan jugak baca semasa perbicaraan kes liwat 2 DSAI, tidak ramai orang yang hadir. Nampak gayanya tidak lagi seperti dulu. Lapuran portal berita pun sering menyatakan galeri awam tidak dipenuhi penuntun. Kenapa boleh jadi begitu? Orang tak mahu beri sokongan moral lagikah? Teman pun termenung: apa yang berbeza, apa yang sama antara liwat 1 dan liwat 2?
Dahulu DSAI di dalam penjara, tidak dibenarkan ikat jamin bagi satu pertuduhan yang lazimnya diberi ikat jamin. Sebab itu, ketara sungguh kezaliman yang dilakukan ke atas DSAI. Dan siapakah kepala konspirasi zalim itu? Rata-rata dikatakan Mahathirlah dalangnya. Jadi teman pun selain dari nak beri sokongan moral kepada DSAI, ada insentif tambahan untuk berkumpul di luar mahkamah: untuk memberi isyarat biadap dan kurang sopan kepada Mahathir sebab ada khabar yang mengatakan lagi ramai orang berkumpul luar mahkamah, lagi Mahathir sakit hati. Haaa... biar dia sakit hati banyak-banyak!
Sekarang DSAI tidak dalam penjara. Dia Ketua Pembangkang di Parlimen, bebas bergerak di mana-mana. Mungkin sebab itu ramai orang rasa tak perlu hadir atau berkumpul di mahkamah untuk beri sokongan moral. Lagipun, kalau orang ramai atau sedikit di mahkamah, jadi halkah kepada Najib? Rasa-rasanya dia tak ambil kisah pun orang berkumpul atau tidak untuk memberi sokongan moral kepada Anwar.
Ini satu hal lagi. Dahulu, Mahathir dibenci ramai sebab dia dikata bapak konspirasi. Sekarang ni siapa bapak konspirasinya? Kes bermula semasa Abdullah Badawi masih PM. Diakah kepalanya? Sekarang dia bukan PM lagi, Najib yang PM. Bolehkah konspirasi dipass-pass seperti bolasepak daripada satu PM ke satu PM? Mungkinkah apa yang berlaku sekarang bukan konspirasi? Heeeeesh... tak tahulah teman. Yang nyata perasaan meluat orang ramai kepada Mahathir tidak ada pula kepada perdana menteri yang ada sekarang. Mungkin juga itu salah satu sebab tak ramai orang di mahkamah.
Satu perkara lagi yang teman bingung dan hairan pasal kes liwat 2 ni: kenapalah Anwar biarkan jantan-jantan muda tinggi handsome ni berkeliaran di sekitarnya? Kalau dulu dah jadi mangsa fitnah hubungan intim dengan orang-orang sedemikian, bukankah lebih baik berwaspada dan elakkan dari orang macam itu menjadi pembantu pejabat lah, personal assistant lah, pembancuh kopi lah. Ini tidak. Dilantik orang macam si Saiful tu pula jadi staf pejabat. Bukan tu saja – dibawa pula ke hulu hilir luar negeri. Tak serik-serik kah Anwar ni? Haaa... tengok. Sekarang apa dah jadi?
Satu lagi pasal perbicaraan sekarang ni yang buat teman tercengang: ada pula sesi soaljawab dengan saksi yang tertutup. ‘In camera’ bak kata orang putih. Maksudnya, tidak boleh dilapurkan oleh media atau dituntuni oleh orang awam. Haaa... sahlah ini satu konspirasi, teman pikirkan. Banyak perkara yang pihak pendakwa tak mahu orang ramai tahu dan mahu disorokkan.
Alangkah terkejut beruknya teman bila dapat tahu yang minta sesi ‘in camera’ adalah ketua pihak pembelaan, Karpal Singh, the Tiger of Jelutong himself! Sungguh aneh dan mengecewakan. Apa pula yang hendak ditutup atau disorok oleh pihak pembelaan? Apatah lagi sesi yang tidak dibenarkan dilapur adalah soaljawab saksi utama pihak pendakwa iaitu
Saiful sendiri. Kenapa Karpal bertindak sedemikian? Cukup lama teman dan ramai lagi tertunggu-tunggu untuk dia menyoal Saiful di hadapan mata dunia melalui soalan-soalannya untuk memburaikan rahsia busuk Saiful bahawa tuduhan dia terhadap Anwar adalah rekaan semata-mata. Itu semua tinggal fantasi.... sungguh malang.
Dan juga menghampakan. Oleh sebab sesi ‘in camera’ itu, banyak fakta-fakta kes yang dibongkar berkenaan apa yang telah berlaku tidak diketahui umum. Teman baca keterangan dari doktor-doktor, pakar DNA dan kimia dan sebagainya dan tak tahu hujung pangkal jawapan yang mereka beri. OK lah, banyak benda teknikal yang mereka sentuh. Tapi tergaru-garu kepala jugak teman bila terbaca sampel DNA diambil dari dada Saiful. Haaa...kalau dah liwat macam mana boleh sampai DNA ke dada kawan tu pulak? Hairan... cukup hairan.
Pernah teman bertanyakan seorang doktor kenalan teman: macam mana pula kes ini boleh dibawa ke peringkat pendakwaan sekiranya lapuran doktor dah mengatakan “tidak ada tanda konklusif penetrasi telah berlaku”? Bukankah itu bermakna liwat telah tidak berlaku?
Jawab doktor itu: jangan terlalu gopoh membuat kesimpulan sedemikian. “Tidak ada tanda konklusif penetrasi telah berlaku” tidak bermakna “Ada tanda konklusif penetrasi tidak berlaku”. Terus beliau, “Sekiranya sebutir gelas tidak ada tanda jari, pakar yang memeriksa paling lebih akan lapurkan tidak ada tanda konklusif gelas telah disentuh. Adakah itu bermakna sah bahawa gelas tidak disentuh? Sudah tentu tidak sebab ia boleh disentuh dengan cara yang tidak meninggalkan tanda jari seperti memakai sarung tangan atau menggunakan pengepit dan lain-lain alat. Itu hanya boleh dimaklumkan oleh pakar sekiranya disoal dengan lebih lanjut dalam mahkamah, misalannya. Setakat lapuran awal, etika professional membenarkan dia menulis sesuatu yang tidak akan mempengaruhi siasatan, iaitu sesuatu yang neutral seperti “tidak ada tanda konklusif gelas telah disentuh”.
Oh begitu, jawab teman. Tawar hati teman nak pergi ke mahkamah sekarang.
Comments (2)...
written by syd, February 24, 2011 15:35:55
I beleieve ghani patail is still around during both episode. So maybe, anwar has some issues with him. ...
written by daeng_chelak, February 24, 2011 13:46:35
Bodoh dan biyul la kamu ni....... Teman lama sangat hadir sessi BTN ke??? •
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG, UCAPAN SELAWAT & SALAM BUAT NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA KELUARGA BAGINDA Assalamualaikum ILMU (KNOWLEDGE), AMAL (PRACTICE), IMAN (CONVICTION) AND AKAL (COGNITIVE INTELLIGENCE) are the basis of this blog that was derived from the AKAR concept of ILMU, AMAL, AKAL and IMAN.From this very basic concept of Human Capital, the theme of this blog is developed i.e. ILMU AMAL JARIAH which coincidentally matches with the initials of my name IAJ.
Dr Ismail Aby Jamal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment