Dr Ismail Aby Jamal

Dr Ismail Aby Jamal
Born in Batu 10, Kg Lubok Bandan, Jementah, Segamat, Johor

Sunday, February 20, 2011

AKU MELAYU...TAPI ASAL USUL AKU BUKAN MELAYU. MELAYU KAH AKU?

Monday, May 17, 2010


Puisi Melayu untuk Melayu

Aku Melayu

mak bapak aku melayu

raja aku melayu

menteri besar aku melayu

PM aku melayu

TPM aku melayu

Tapi sekarang melayu semakin layu

kenapa begitu?

UMNO parti orang melayu

aku ahli UMNO

mak bapak aku pun ahli UMNO

kerajaan aku diterajui oleh UMNO

dan aku dulu sangat bangga dengan UMNO

Tapi UMNO kini goyah

UMNO kini macam bangsa yang masih terjajah

UMNO kini macam mudah sangat diratah

UMNO kini bagai dilanda barah, sudah busuk dan bernanah

pemimpin UMNO pula suka sangat melatah

pemimpin UMNO dilabel sebagai perasuah, penjarah, penjenayah

kalau begini, aku tak bangga lagi

kalau begini, aku tak tau nak sokong siapa lagi

Orang Melayu harapkan pemimpin berubah

Orang Melayu harapkan pemimpin lebih gagah, tak mudah menyerah

Orang Melayu harapkan pemimpin tak goyah dengan permainan Cina bedebah

Orang Melayu tak suka PM beri duit pada orang Cina

Orang Melayu tak suka PM halalkan lesen judi Piala Dunia

Di Bagan Pinang Melayu BN menang, Melayu PAS kalah

Di Hulu Selangor India BN menang, "Melayu" PKR kalah

Di Sibu, Cina DAP menang, Cina BN kalah

Cina lawan Cina, DAP yang menang, makanya Cina menang

Tapi orang Melayu tetap berkempen pagi petang, malam siang

Buang masa, buang tenaga, entah-entah ada yang tertinggal sembahyang

Tapi bab buang duit bagi berbelas juta pada Cina, itulah yang paling malang

Kalau BN yang diundinya tak apa juga, tapi Cina Sibu tetap undi pembangkang

Orang Melayu UMNO, bengang

Orang Melayu PAS & PKR bersorak riang, yeaaaa DAP menang!!

Kepala hotak hang!!

Kenapa masih ramai yang buta dan bangang?

Kenapa masih ramai tak nampak Cina punya belang?

Kenapa orang melayu masih nak gaduh sesama sendiri, sebab nak pastikan Cina menang?

Orang Cna tak habis-habis cari pasal dengan Melayu

Tak puas hati dengan hak istimewa Melayu

Tak puas hati dengan Ketuanan Melayu

Marah dengan perkataan Bumiputera untuk orang Melayu

Sibuk nak masuk UITM, nak ambik kuota Melayu

Sibuk nak sekolah jenis kebangsaan sendiri, tak nak sekolah Melayu

Apa-apa saja lah, semua mereka bangkang, kalau lebihnya ke orang Melayu

Orang Melayu pulak tak habis-habis gila kuasa

Parti lawan cakap, segalanya salah belaka

Walaupun sebenarnya apa yang diorang cakap tu benar dan nyata

Sanggup pulak gunakan Quran dan hadis nak tegakkan dusta

Yang tak puas hati, maki carut pulak dengan kata hina dan nista

Separuh Melayu lain pula, tak peduli apa nak jadi

Yang penting, gua boleh enjoy, janji gua happy

Dapat arak belasah, kalau takde, togok todi

Yang muda pulak berebut-rebut masuk serenti

Yang tua bangka, kemaruk dangdut, gian nak peluk GRO seksi

Yang bodohnya anak-anak dara, kenal je jantan, serah bodi

Lepas tu bunting, anak keluar, bunuh sampai mati

Habis tu apa je yang tinggal untuk masa depan orang Melayu?

PAS, PKR & UMNO, boleh ke pertahankan Melayu?

Ataupun korang nak suruh DAP tolong pertahankan Melayu?

Hehe, bodohla kalau nak harapkan Chua Soi Lek & Samy Velu

Akhir kata, aku cuma harap negara ini terus jadi negara Melayu

PM Melayu, TPM Melayu, Raja Melayu, Menteri Besar Melayu

Walaupun aku benci PKR,

aku tak setuju dengan PAS

dan aku dah letih dengan UMNO

Aku tetap takkan bagi muka pada Cina,

walau siapa pun dia, DAP, Gerakan mahupun MCA

Haiii Melayu, bersatu lah

Korbankanlah ideologi sempit berparti-parti

Jahanamkanlah sentimen peribadi

Padamkanlah hasad dengki dendam dan irihati

Bersatu lah demi Melayu, demi mak bapak kita yang Melayu

Bergabunglah demi Melayu, demi anak-anak kita yang Melayu

Bermaaf-maafan lah Melayu, demi Melayu, demi bangsa Melayu, demi bahasa Melayu

Kerana tanah ini tanah kita, TANAH MELAYU!!!

Posted by PD at 5:22 PM 0 comments Links to this post

Monday, April 26, 2010

Tanah Melayu

Aku Melayu

Emak bapak aku Melayu

mertua aku juga Melayu

sudah tentu anak isteri ku juga Melayu

dan aku sangat bangga dengan hakikat itu

Di rumah aku berbahasa Melayu

Walaupun lancar bahasa Inggeris di bibirku

Tidak ku ajar Bahasa Inggeris kepada anak-anak ku

Namun mereka sentiasa skor A dalam bahasa itu

Aku berblog juga dalam bahasa Melayu

Kerana aku bangga aku Melayu

Tanah ini tempat lahir ku

Di sini aku bersekolah menimba ilmu

Di sini aku dibesarkan oleh emak bapak aku

Di sini aku bekerja mencari rezki untuk keluargaku

Di sini juga aku berdoa agar dapat melalui hari-hari tua ku

Kerana aku yakin tanah ini tanah aku

Tanah Melayu

Bagi yang lain, yang bukan Melayu

patut cermin diri dulu

patut kaji sejarah tok nenek dulu

bagaimana cina dan india boleh ada di tanah melayu?

untuk apa mereka dibawa masuk ke tanah tok nenek aku?

Sekarang ni pandai-pandai nak mengaku

Nak minta taraf bumiputera sama macam aku

Kan dah ada negara China, India tempat asal kau orang tu?

Bukan di sini, sini negara aku

Ini Tanah Melayu

Aku Melayu, tuan di Tanah Melayu

Jangan dipersoalkan Ketuanan Melayu

Posted by PD at 4:15 PM 2 comments Links to this post

Tuesday, April 13, 2010

Gua ada laptop kat rumah...

Kat rumah gua ada laptop

Gua ada streamyx, wi-fi combo

Gua on internet hari-hari

Tapi gua bukak muka buku aje

Hari-hari gua bukak muka buku

Lama-lama gua naik muak dengan muka buku

Laptop gua tetap laptop gua

Kadang-kadang gua bukak maybank2u

Gua bayar hutang

Gua bayar bil

Gua transfer duit masuk akaun lain

Laptop gua tetap laptop gua

Lain daripada itu

Gua bukak blog politik

Gua baca orang kutuk orang

Gua baca orang bodek orang

Gua baca orang fitnah orang

Semua haprak

Semua keparat

Lama-lama gua pun buat blog sendiri

Gua pun kutuk orang

Gua pun puji orang

Ada yang baik

Banyak yang keparat

Tapi gua tak tabur fitnah

Dosa fitnah lagi besar dari bunuh orang

Lama-lama, gua kemaruk blog

Masa gua buang kat blog

Gua maki orang

Gua sindir orang

Gua tarbiyah orang

Lama-lama bini gua marah

Buang masa buang duit

Solat pun selalu lambat

Lama-lama gua berenti berblog

Cuma gua rajin baca blog orang

Itu pun kat pejabat

Bila gua dah malas nak buat kerja....

Posted by PD at 4:14 PM 2 comments Links to this post

TV kat rumah gua....

Pagi-pagi semua orang pergi kerja

Gua pun pergi kerja

Petang, ramai-ramai orang balik kerja

Gua balik juga, nak tengok TV kat rumah

Ada yang tak balik, overtime

Gua tetap balik juga

Malam-malam ada juga orang baru nak pergi kerja

Kerja shif malam

Gua tengok TV kat rumah

Ada orang siang kerja, malam kerja lagi

Bawa teksi, jual burger, tebar roti canai, buat direct-selling

Gua tengok TV kat rumah

Orang buat kerja macam-macam

Cari duit lebih-lebih

Gua tak...

Gua tengok TV kat rumah

Lama-lama TV tengok gua

Dah selalu pun TV tengok gua

Orang sebelah jarang di rumah

Hari kerja balik lambat

Hari minggu balik kampung

Hari cuti pergi melancong

Gua tengok TV kat rumah

Orang depan ubahsuai rumah

Tambah depan, sambung belakang

Gua tutup pintu, takut habuk masuk

Lepas tu,

Gua tengok TV kat dalam rumah

Kat TV gua tengok drama Melayu

Gua tengok Buletin Utama

Gua tengok cerita artis dalam dan luar negara

Gua tengok segala bagai

Gua tengok cerita orang kaya raya

Bestnya jadi orang kaya

Umur muda lagi dah kaya

Gua?

Gua tengok TV aje lah..... kat rumah.

Posted by PD at 2:08 PM 2 comments Links to this post

Thursday, January 7, 2010

Melayu yang berpecah belah

UMNO, PAS, PKR (sebahagian besar) adalah dianggotai oleh orang-orang Melayu.

Majoriti orang Melayu sokong UMNO. Ramai juga yang sokong PAS dan boleh tahan juga yang memilih PKR. Sebahagian lagi duduk atas pagar tidak menyokong mana2 secara jelas.

UMNO sekarang ni memerintah negara atas tiket BN iaitu gabungan parti2 kaum Melayu, Cina (MCA dan Gerakan), India (MIC & PPP) dan beberapa parti pribumi Sabah dan Sarawak. Negara ini negara berbilang kaum, oleh itu wajar sangatlah jika BN merangkumi semua bangsa yang ada di Malaysia ini dengan Melayu selaku tuan rumah menjadi pemimpin tertinggi, seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Tapi UMNO sekarang ni kurang kuat. Sebabnya? Ada banyak sebab musababnya. Sebab dalaman ada, sebab luaran pun ada.

Apapun, aku tetap sokong UMNO. Aku tak marah kalau orang tak nak sokong UMNO kerana rekod pemimpin2 UMNO sejak kebelakangan ni banyak yang tidak berapa bersih seperti yang telah keluar di akhbar2 dan TV. Banyak juga yang telah keluar di internet, walaupun separuh je yang betul, manakala separuh lagi hanyalah fitnah semata-mata oleh pihak pembangkang.

Tapi, kalau kita tak sokong UMNO, kita nak sokong sapa lagi? PAS? PKR? DAP?

PKR dan DAP telah cuba bergabung membentuk PR sambil memperKUDAkan PAS yang terkapai-kapai mencari pengaruh. Mulalah pemimpin2 PAS nampak macam berdolak dalik dalam memberi apa2 pendapat. Pendapat yang pertama mungkin dari akal sendiri atau dari mesyuarat dalaman parti. Tapi bila disanggah oleh Anwar atau Lim Kit Siang, mula lah diorang adjust balik apa yang dikatakan sebelum tu. Semata-mata kerana takut dipinggirkan oleh DAP dan PKR. Mula lah benda yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan. Yang terbaru ni, kalimah Allah pun dah boleh digunakan oleh agama lain. Apa nak jadi ni?

So, ada kah kita mempunyai pilihan selain dari UMNO/BN? Tidak ada !! PR bukanlah alternatif untuk memerintah Malaysia. Mereka adalah pihak yang akan menjahanamkan Malaysia, terutamanya orang Melayu dan agama Islam. Anwar tak kesah. Asalkan dia jadi PM cukup. Bila dah jadi PM senanglah dia nak balas dendam kat Tun Mahathir. Lim Kit Siang? Ini komunis, sama ngan Chin Peng. Kalau dia yang jadi PM ataupun Guan Eng, alamat Malaysia akan jadi cam Singapore. Orang Melayu terpinggir, agama Islam terpencil, bahasa Melayu diperkecil. Masjid2 akan dicabut speaker supaya tidak mengganggu tidor mereka di Subuh hari. Hj Hadi? Nik Ajis? Ada can ke diorang ni nak jadi PM selagi hidupnya Anwar, Kit Siang, Guang Eng, Azmin?

Jadi, tak payahla membodohkan diri sendiri menyokong orang yang akan membawa rebah. Kalau kita semua Melayu bersatu bukan ke akan jadi satu bangsa yang tersangat kuat? Fikirkan masa depan bangsa kita, agama kita, bahasa kita dan anak2 kita. Percayalah, Anwar bukan nak menolong kita semua, orang Melayu. Yang penting pada dia cuma diri dia. Keluarga pun tak penting sangat pada dia.

Kalau tak suka UMNO kerana Najib dan kes enjin hilang dan kes gadis Mongolia, takpe. Sokong je, sebab selepas Najib, mungkin Muhyidin jadi PM, kalau panjang umur la, dan seterusnya ramai lagi pemimpin2 muda dalam UMNO yang layak memimpin bila tiba masanya, Mukhriz contohnya.

Tapi, pastikan bukan Anwar, Azmin, Lim Kit Siang, Guan Eng, Nizar, Khalid Gereja yang jadi PM. Jahanam kita nanti. Cuma kalau untuk UMNO, jangan sokong KJ dan Zahid Hamidi sudah la....

Fikirkan..itupun kalau korang nak pertahankan agama, bangsa, bahasa dan negara kita.....

Kalau korang nak jadi bangsa haprak di negara sendiri, sila lah teruskan menjilat jubur si Anwar!!

Posted by PD at 4:35 PM 0 comments Links to this post

Melayu dan isu kalimah Allah

Aku Melayu. Aku Muslim. Aku sembah Allah. Allah yang Esa.

Sejak kecik lagi aku diajar dan aku yakin seyakin-yakinnya bahwa Allah itu Esa.

Keyakinan itu tak pernah luput dan tak pernah berganjak, tak pernah berkurang.

Tapi sekarang ni, ada pihak-pihak yang kurang ajar cuba-cuba nak membenarkan kalimah Allah diguna pakai oleh agama lain dalam penerbitan mereka.

Pihak yang nak guna pakai tu dah tentu lah ada agenda tersendiri. Agenda yang paling besar adalah untuk meluaskan pengaruh dakwah Kristianiti di kalangan orang-orang Melayu yang rata-ratanya Muslim.

Tapi pihak yang menyokong atau membenarkan kalimah suci itu digunakan oleh agama lain tu, bagaimana pula?

Yang aku kesal dan marah sangat ni sebab yang terang-terang menyokong adalah orang Melayu Islam (ikut pada nama lah), pulak tu daripada parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam. Senang cerita, si Khalid Samad tu la.

Aku tak peduli la, kalau ada orang nak marah aku tentang hal ni. Aku terang-terang menentang sekeras-kerasnya keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah suci itu oleh agama lain.

Apatah lagi bila dikaji dan diselidik, nampak terang dan jelas, isu ini sengaja dimainkan oleh si pengkhianat bangsa, agama dan tanah air No. 1, iaitu si Anwar Yahudi. Archbishop gereja katolik Tan Sri Pakiam tu memang kawan baik dengan si Anwar ni. Tak percaya? Tengok sini.

Kemudian, untuk kes yang sebegini sensitif di hati kebanyakan orang Melayu Islam macam aku, hakim yang dilantik pula Datuk Lau Bee Lan yang dilaporkan adalah seorang yang buat part-time mengajar Injil seluruh negara. Tak percaya? Baca sini.

Jadi, adilkah keptutusan mahkamah Tinggi tersebut? Aku tau, keputusan mahkamah tak boleh dibuat main-main. Silap-silap aku kena tangkap kena dakwa sebab menghina mahkamah. Tapi, itulah hakikatnya, sebagai manusia, walau sehebat mana seadil manapun, susah nak cari yang betul2 tak bias. Kesimpulannya, aku kata, keputusan tersebut adalah bias dan tidak patut dihakimi oleh Lau Bee Lan. Apa yang dia tau pasal agama Islam yang suci ni?

Kalimah Allah yang digunakan dalam gereja tak sama dengan kalimah Allah yang kita orang2 Islam gunakan. Allah kita Allah yang Esa. Manakala konsep Allah pada mereka adalah Tuhan Bapa, Jesus itu anak Tuhan dan Holy Spirit dalam konsep Trinity yang diamalkan oleh kaum Katholik yang berkiblatkan Vatican City di bawah naungan Pope. Ini tidak sama dengan kepercayaan Orthodox, Protestant dan Anglican. Baca sini.

Tapi, lantak la kalau diorang tak sama sesama dia.

Yang celaka dan yang membuat aku nak menulis kat blog aku hari ni, adalah kebodohan dan kebahlulan Anwar Yahudi, Khalid Samad dan penyokong2 bodoh mereka yang menyokong orang kristian menggunakan kalimah Allah. Mana iman korang? Semata-mata kerana takut undi Cina, Iban dan Kadazan hilang, korang sanggup menggadaikan agama Islam. Memang celaka dan laknat la korang semua.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Dato; Dr Haron Din pun dah cakap, kufur lah bagi sesiapa yang menyokong keputusan tersebut. Tapi mangkuk2 hayun tadi masih tetap menyokong! So? Sanggup ke jadi KUFUR?

Hai orang2 Melayu Islam yang beriman, tolonglah, bukak mata, bukak hati, bertaubat la. Orang2 kafir laknat ni senang2 je bersatu nak jatuhkan kita, yang kita asyik bergaduh tak habis2. Korang persetan kan aje si Anwar Yahudi tu. Takkan korang nak berketuakan orang macam tu?

Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Kat tempat aku, Alhamdulillah, setakat yang aku dapat jumpa, semua anti Anwar dan PKR. Tapi yang masih dok sokong dia tu, korang nak apa sebenarnya? Korang ingat kalau korang sokong dia, bila dia menang jadi PM, ingat lagi ke dia dengan muka korang? Kenal ke dia?

Dan boleh ke korang gerenti yang si Yahudi laknat tu akan memerintah dengan adil, tanpa rasuah? Dan adakah Malaysia ni akan jadi lebih aman dan makmur, ekonomi boom, inflasi sifar, harga minyak turun merudum, tol dimansuhkan, maksiat sifar? Malaysia akan jadi tip-top, gah seluruh dunia, demokrasi no. 1? Boleh gerenti ker? Boleh ker? Aku cakap, BULLSHIT LA!!!

Lebih baik korang keluar PKR, tinggalkan Anwar ngan bini dia, anak dia dan ahli2 al-juburi wa-liwati je. Aku tak suruh masuk UMNO, cuma aku suruh keluar dari PKR dan orang2 PAS keluar dari PAS, tinggalkan Nik Ajis ngan Khalid Gereja je dalam PAS. Baru la jahanam PR lepas tu. DAP tu kalau sorang2, takkan jadi punya.

Semoga Seri Paduka Baginda YDP Agung dapat melihat isu ini dan berbuat sesuatu dalam kuasa Tuanku.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Posted by PD at 2:40 PM 0 comments Links to this post

Monday, December 28, 2009

Bekerja lepas waktu kerja

Itu terjemahan tajuk blog terbaru Chedet.

Waktu kerja adalah waktu yang ditentukan untuk seseorang bekerja, menurut Akta Kerja, maksima 12 jam. Lebih daripada itu kena kira Kerja Lebih Masa lah. Dan bagi yang berpendapatan RM1500 ke bawah dan bidang kerja adalah kerja manual iaitu menggunakan tangan dan tenaga, maka had Kerja Lebih Masa adalah 104 jam sebulan tidak termasuk hari Rehat. Dan mereka dibolehkan bekerja lebih daripada itu sekiranya ia melibatkan masalah negara.

Tapi mereka2 yang bekerja di SPRM, tidak ada pekerja manual. Kebanyakannya adalah pekerja pengurusan. Paling tidak pun perkeranian. Yang buat kerja manual hanyalah cleaner. Jadi, pegawai-pegawai SPRM kebanyakan nya tidak tertakluk di bawah undang undang Akta Kerja dan mereka ini dibolehkan bekerja lepas waktu kerja kerana ia melibatkan masalah negara. Oleh itu adalah tidak wajar jika Mahkamah Tinggi tidak membenarkan mereka menyoalsiasat suspek atau mengambil keterangan selepas waktu kerja biasa. Nasib baiklah Mahkamah Rayuan telah membatalkan perintah tersebut.

Apa yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock belum lagi disahkan samada kemalangan, bunuh diri atau dibunuh. Siasatan dan perbicaraan masih berjalan dan secara logiknya, takkan lah pegawai SPRM pula yang membunuh Beng Hock. Sebabnya, dia adalah saksi penting dan banyak maklumat yang boleh diperolehi melalui Beng Hock. Matinya Beng Hock akan menyusahkan lagi SPRM, apatah lagi matinya di bangunan pejabat SPRM pula.

Sebagai orang biasa yang hanya baca suratkhabar dan blog2 di internet, apa yang boleh aku katakan, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi seperti tidak masuk akal. Dan kalaulah semuanya hanya boleh dilakukan pada waktu pejabat, apa nak jadi dengan dunia ni pada malam hari, selepas 5.30 petang?

Posted by PD at 2:13 PM 0 comments Links to this post

No comments: