Dr Ismail Aby Jamal

Dr Ismail Aby Jamal
Born in Batu 10, Kg Lubok Bandan, Jementah, Segamat, Johor

Thursday, February 17, 2011

Perhimpunan Keluarga / Zuriat Engku Paduka Tuan & Engku Muda Tanjung dari Waris Temenggong Muar






Assalamualaikum…


Alhamdulillah, pada 18 Disember 2010 bersamaan 12 Muharam 1432 yang lalu aku sekeluarga telah hadir ke Perhimpunan Keluarga / Zuriat Engku Paduka Tuan & Engku Muda Tanjung dari Waris Temenggong Muar yang dianjurkan oleh Persatuan Zuriat Engku Paduka Tuan & Engku Muda Tanjung ataupun PETEMU yang diadakan di Dewan Dr. Ling Liong Sik SJK (C) Jagoh, Bandar Putra Segamat, Johor…perhimpunan ini diadakan bermula pada waktu pagi dan berakhir pada waktu petang yang telah dihadiri seramai 3000 orang…perhimpunan ini telah dirasmikan oleh Bekas Ketua Polis Negara Y.Bhg. Tan Sri Musa Hassan yang hadir bersama isteri YM Datin Sri Juriah binti Dato’ Ahmad bin Arshad yang juga merupakan kerabat ahli keluarga waris Temenggong Muar…turut hadir YM Tengku Shawal ibni Tengku Aziz waris Sultan Hussain Shah (ayahanda kepada Sultan Iskandar Ali Shah) iaitu sultan dan pemerintah yang pernah memerintah Johor dari tahun 1819 hingga 1835…untuk makluman korang, waris Temenggong Muar dari zuriat Engku Paduka Tuan dan Engku Muda Tanjung ni kebanyakkannya tinggal di Segamat iaitu di kawasan Jementah, Kg. Bukit Pupok, Bt. 5 Jalan Muar, Bukit Tangkung, Batu Badak, Gemereh, Tanjung Sekawang, Lubok Batu, Berata, Gudang Garam, Jalan Temenggong, Bukit Siput, Segamat Baru, Bandar Putra, Labis, Tenang, Medoi, Jalan Pemuda, Kg. Tengah, Taman Sulir, Bukit Lintang, Sepinang, Kuala Paya, Simpang Loi Batu Anam dan Gemas dan kawasan Sepinang tu adalah kampung aku dan Bukit Siput tu adalah tempat tinggal keluarga aku sekarang…zuriat Engku Paduka Tuan adalah dari keluarga Temenggong Muar yang Pertama, Engku Dato’ Sa’ Akar Di Raja dan Engku Muda Tanjung atau Engku Abdul Kadir adalah dari keluarga Temenggong Muar yang Ke-2, Dato’ Engku Sa’ Amar Di Raja…antara keluarga lain dari waris Temenggong Muar yang hadir adalah ahli keluarga Temenggong Muar Ke-3, Engku Burok termasuk Engku Pandak, ahli keluarga Temenggong Muar Ke-7 Engku Muhammad Salleh dan ahli keluarga Temenggong Muar Ke-8, Wan Abdul Rahman…atas usaha Jawatankuasa PETEMU telah berjaya mengumpul jumlah ahli keluarga yang dikumpul di dalam salasilah keluarga melebihi 3,000 orang iaitu 5 generasi merangkumi generasi tua ke-9 hingga ke generasi kanak-kanak ke-13…ini adalah perhimpunan kali pertama diadakan di bawah anjuran PETEMU, memang ramai yang hadir pada masa tu dan kebanyakkannya aku tak sangka ada yang aku kenal sebagai kawan dan jiran setaman rupa2 nya ahli keluarga jugak…jadi apa yang aku lihat adalah memang penting kita mengetahui salasilah keluarga kerana dengan mengetahui salasilah keluarga dan dapat dihimpunkan seperti perhimpunan ini boleh merapatkan tali persaudaraan dan silaturrahim antara keluarga berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallah ‘Anhu…




“Belajarlah berkenaan nasab keturunan kamu yang dengannya berhubung silaturrahim. Maka sesungguhnya silaturrahim menambahkan perasaan kasih terhadap keluarga, membanyakkan harta, dan memanjangkan umur’ (Riwayat Al-Hakim)







10 comments:

Rris Ana said...

Salam tuan,

Saya berkenan untuk faham lebih jelas berkaitan waris Sultan Hussin - Sultan Ali, pewaris negeri Johor berdaulat sebelum dirampas oleh tipu muslihat Empire..

Saya cari email tuan tapi tak jumpa..

Anonymous said...

Nk lbih tahu ttg salasilah engku abdul kadir fasa kedua...

M said...

salam..macamana nak daftar ye

Unknown said...

Mohon wassap sy di 011-3779 8110 lekerana ingin mendapatkan update terkini ttg

Unknown said...

Assalamualaikum.. Saya salah seorang daripada waris dari Kampung Berata.. Bagaimana saya nak dpt update?

Unknown said...

bole sy dptkn no telefon pengerusi petemu? kalu x silap sy nma dia dlu hj ahmad.. bin apa sy x pasti.. sbb sy dlu pnh berurusan dgn dia mendaftr ahli petemu.. sy ada kad ahli

Unknown said...

Asslamualaikum sy salah sorang2 drpd Waris temenggong muar jurai engku pandak..mcm mna NK dpt update

Unknown said...

Mohon tuan YM whtssup saya YM Wan Azman dgn segera
Saya dari bekas ahli PEWARIS yg telah di bubarkan persatuan nya keturunan Temenggong Wan Abdul Rahman Muar ke 8

Unknown said...

0177175711 YM Wan Azman Wan Hassan

cinta said...

Adakah tuan kenal dengan Hassan bin Engku Muda dari johor yang berkahwin dengan Ummu Salamah binti Dol (cucu puteri jepun drpd kerajaan ryukyu) tahun 1890an... tq