Dr Ismail Aby Jamal

Dr Ismail Aby Jamal
Born in Batu 10, Kg Lubok Bandan, Jementah, Segamat, Johor

Friday, October 21, 2011

UMNO - United National Munafiq Organisation.......


ASPAN ALIAS

Sekarang Aziz Bari dari UIA pula yang menjadi sasaran. Saya selalu berkata di dalam pimpinan UMNO dan BN bercakap benar adalah satu kesalahan. Berbeza pendapat itu adalah kesalahan. Jika sesiapa yang mengkritik secara berterusan akan ada sahaja helah untuk memberikan tekanan kepada seseorang itu.

UMNO dan BN sudah beraja di hati dan bersultan di mata. Aziz Bari tidak mengkritik Sultan tetapi beliau di tuduh berbuat demikian. Mereka berkuasa dan mempengaruhi pentadbiran UIA untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada Aziz Bari. Kata-kata Aziz Bari di interpretasikan sebagai menderhaka kepada Sultan.

Entah bila UMNO ini sayang pada Raja saya pun tak tahu. Setahu saya UMNOlah yang menderhaka kepada Raja pada 1993 dahulu. UMNOlah yang telah menelanjangkan Raja-Raja Melayu dalam krisis perlembagaan itu. Ramai pemimpin UMNO yang membuat kenyataan mengkritik Raja sebagai institusi yang kononnya sudah tiada relevannya lagi.

Malahan ada ahli Parlimen bercakap begitu bongkak dengan mencadangkan Raja_Raja Melayu di ikat dan dirotan dan sebagainya. Lebih menyedihkan lagi Almarhum Tuanku Jaafar telah dituduh menyewakan tanah untuk membela babi di Bukit Pelandok. Utusan Malaysia lah yang mengetuai serangan terhadap Raja Melayu semasa itu.

Media perdana telah mensensasikan isu Raja-Raja Melayu dan memfitnah Raja Melayu seolah Raja-Raja Melayu itu lebih rendah dari manusia biasa. Apabila saya sebut isu ini ada pula yang mengatakan Dr Mahathir melakukannya semata-mata untuk kebaikan Raja Melayu itu sendiri dan berbagai-bagai alasan yang diberikan oleh penyokong beliau bagi menghalalkan tindakan menghina Raja-Raja Melayu itu.

Kenapa sekarang UMNO dan pemimpin-pemimpin yang menghina secara direct semasa itu tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan perlembagaan negara telah dengan terang menyatakan yang Raja tidak boleh di sentuh samada di dalam atau di luar parlimen. Kenapa Dr Mahathir, dan ramai di antara pemimpin UMNO semasa itu tidak di kemukakan kepada pengadilan sedangkan Aziz Bari yang hanya membawa pandangan akademik itu dengan pantas di perlakukan dengan tidak adil.

Aziz Bari adalah seorang tokoh akademik dan beliau mempunyai pengikut dan ramai yang memberikan perhatian terhadap pandangan beliau. Mahasiswa UIA kini sedang memberontak kerana tindakan yang tidak adil terhadap seorang tokoh akademik yang serius yang pandangannya diambil perhatian bukan sahaja oleh Mahasiswa UIA tetapi juga oleh masyarakat ramai yang mengikuti pemikiran beliau.

Hari demi hari pihak yang memerintah menunjukan sikap tidak menghargai pandangan terbuka seorang yang serius terhadap keadaan semasa negara. Tindakan terhadap Aziz Bari mendapat tentangan orang ramai kecuali dari mereka yang buntu dan jumud pemikiran.

Comments (4)...

written by arazak, October 22, 2011 11:23:19

Dato aspan,

Yang memulakan segala tohmahan jahat ini ialah Toon Mamak Kutty menuduh Prof Aziz Bari sebagai "kurang ajar". UMNO dan media perdana kemudian mengikut rentak gendang mamak kerela ini. Pandai sungguh Si Kitul Mamak Kerela ini mencucuk jarum!

Tapi semua tahu Mamak Kerela Kitul ini lah "bapak segala kurang ajar" bila mencuck jarum agar Kuasa Raja-raja di mansuhkan!

Kami rakyaat tahu mana permata mana kaca! ...

written by anakkenyalang, October 22, 2011 09:58:05

Maybe 'this incident' is the impertus for the orang melayu to wake up, before UMNO sent us all down to the road of no return. ...

written by richfyf2000, October 22, 2011 07:36:45

PKR pergi lah ke UIA daftar pengundi Banyak tu student UIA yang baru saja berusia 21 tahun atau pun akan mencapai usia 21 tahun tak lama lagi.

Mereka jupa boleh mempergarohi ahli keluarga mereka bila balik kampong ... ke seluruh negara. Jangan lepaskan pelaung ini.. ...

written by muhibah1malaysia, October 22, 2011 06:18:52

UMNO - United National Munafiq Organisation

No comments: