Dr Ismail Aby Jamal

Dr Ismail Aby Jamal
Born in Batu 10, Kg Lubok Bandan, Jementah, Segamat, Johor

Sunday, September 4, 2011

Muhammad Indera (1920 – 1953)


Muhammad (Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan komunis untuk memerdekakan Malaya dari jajahan British. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.

Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak perlu rujukan. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Dunia Pendidikan

Ahmad bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun 1937. Beiau pernah berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar, Johor.

Politik

Ahmad bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunis di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.


Peristiwa Bukit Kepong

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong.

Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.



Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung,yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera.

Kematian

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

"Kopi Kecubung Tewaskan Mat Indera”

I found an article in Berita Harian dated 13 Dec 2010 entitled, "Kopi Kecubung Tewaskan Mat Indera". "Kecubung' is amethyst, the purple semi-precious stone. It shows Mat Sabu is correct on Mat Indera as confirmed by UMNO own's media.

By Arazak

The article can be found at: http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.
Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

Comments (3)...

written by arazak, September 04, 2011 09:30:58

Folks,

If the UMNO regime and Utusan Meloya wants to label Mat Indera as “pengkhianat” (traitor), than they had better label the Yayasan Warisan Johor as traitor too. Yayasan Warisan Johor had published in 2004 a book entitled, “Pengukir Nama Johor”. The book contains 22 autobiographies of towering Johoreans including Onn Jaafar, Al Marhum Sultan Ismail, Tun Sulaiman Ninam Shah (UMNO’s own former Secretary General) and of course Mat Indera. This book was edited by Professor Dr. Datuk Abu Bakar A. Hamid, former Professor at the Media Department Institute, University Malaya and Md Ismail Zamzam, the “Tokoh Guru Berjasa” Johor 2004.
Mat Sabu did not utter even a word of “communist” in his speech. But Utusan Meloya and UMNO again jumps in and created this bogeyman to rundown the PAS VP. A bankrupt idea from a bankrupt party!

What UMNO fear is that when the truths finally emerge, people will learn that UMNO’s contribution to “merdeka’ is not what they have always portrayed and there are many other non-UMNO unsung heroes out there that had played a more significant role in gaining the nation’s independence than UMNO. UMNO cannot accept these truths. All this while, we have been fed with their lies that they are the only ones that wrested the independence from the British.

Thank you Mat Sabu for taking the first step in rewriting our nation’s history.

Viva Mat Indera! ...

written by educationist, September 04, 2011 05:53:23

"Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai,..." - TK Arazak kerana memaklumkan orang ramai berkaitan kenyataan ini dalam artikel Berita Harian berkenaan.

Tu Khairy nak adakan 'roadshow' kononnya 'lay bare' Mat Sabu's poin!!

Bagus, biarlah penceramah dia bagi hujah tentang ini!!

Jangan putar belitkan isu-cakap fakta saje!! ...

written by albert zacharias, September 03, 2011 23:30:07

Ini membuktikan yang BN/terutama UMNO hanya mempermainkan isu untuk kepetingan diri sendiri tanpa mengambil perasaan dan keutamaan hak raayat Malaysia....

Malu BN/UMNO

No comments: