Dr Ismail Aby Jamal

Dr Ismail Aby Jamal
Born in Batu 10, Kg Lubok Bandan, Jementah, Segamat, Johor

Saturday, December 19, 2009

Building a Brighter Future for All Malaysians

Bahasa Melayu satukan 30 etnik di Sarawak.
2009 October 6
by MAB
Bahasa Melayu satukan 30 etnik di Sarawak
Oleh Misih Taib
Pemilihan Bumi Kenyalang tuan rumah BBK 2009 tepati manifestasi gagasan 1Malaysia
PEMILIHAN Sarawak sebagai tuan rumah pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2009 yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di Kuching hari ini amat bermakna kerana inilah kali pertama Bumi Kenyalang dipilih diberi penghormatan itu.
BBK 2009 yang membawa mesej ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ sebelum ini dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN), diadakan pihak kerajaan bagi mencapai hasrat yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membina negara bangsa, satu pendekatan ke arah memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, menyifatkan pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah pelancaran BBK 2009 sebagai amat kena pada tempatnya dan menepati gagasan 1Malaysia.
Sarawak menurut beliau, amat berbeza dengan negeri lain terutama di Semenanjung dengan jumlah suku etniknya paling ramai, tetapi semua kaum memilih bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara mereka.
Sejak dulu lagi bahasa Melayu sememangnya menjadi bahasa ‘penyatuan’ bagi lebih 30 suku kaum di Sarawak, dengan ia dijadikan bahasa komunikasi termasuk di antara orang Melayu dengan orang Cina, Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melanau dan pelbagai suku etnik lain.
Malah perkahwinan campur begitu banyak berlaku di Sarawak, sehingga dalam satu-satu keluarga ada yang terdiri daripada lima kaum, dengan kebanyakannya memilih bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara mereka.
Penulis sendiri mempunyai rakan yang dalam keluarganya ada keturunan Iban, Orang Ulu, Cina, Melayu dan Bidayuh, dengan setiap perayaan membabitkan kaum berkenaan diraikan oleh keluarga terbabit atas semangat 1Malaysia.
“Kahwin campur adalah contoh paling baik bagi konsep 1Malaysia di Sarawak, ada Bidayuh yang kahwin Iban, Iban kahwin Orang Ulu, Melayu kahwin Iban, Cina kahwin Bidayuh dan pelbagai lagi, dengan lingua franca mereka adalah bahasa Melayu,” kata Termuzi kepada Berita Harian.
Lebih bermakna pelancaran BBK 2009 hari ini disempurnakan oleh pemimpin nombor dua negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang.
Kira-kira 5,000 orang dijangka menghadiri majlis pelancaran itu akan mendengar amanat Muhyiddin, selain Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Termuzi, seterusnya disusuli pelbagai acara bercorak kebahasaan dan kesusasteraan.
Kehadiran 30 suku etnik untuk membaca ikrar bahasa pada majlis itu diketuai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pastinya mencipta kelainan kerana jumlah kaum yang begitu ramai untuk melafazkan ikrar pada majlis pelancaran BBK.
Pendekatan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga amat menarik untuk diperkatakan, sehingga Termuzi sendiri menyifatkan DBP tiada masalah dari segi pengembangan bahasa kebanggaan di Bumi Kenyalang, dan ia wajar dicontohi.
“Di Sarawak bahasa Melayu sejak dulu lagi diterima oleh semua kaum dengan baik dan dijadikan bahasa perhubungan,” katanya.
Seperti ditegaskan Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Openg, tiada paksaan dan unsur emosi digunakan oleh kerajaan negeri Sarawak dalam mengembangkan penggunaan bahasa Melayu, sebaliknya pendekatan berhemah menjadi pilihan, dan pada akhirnya kerajaan negeri yakin semua peringkat akan dapat menerima penggunaan bahasa itu dalam segala urusan secara berperingkat.
Malah katanya, pendekatan sama digunakan untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang menyaksikan wakil rakyat yang juga terdiri daripada pelbagai suku etnik, tidak dipaksa menggunakan Bahasa Melayu.
“Dalam persidangan DUN pun kita bersikap fleksibel. Saya sendiri menggunakan Bahasa Melayu, tetapi kadang-kadang turut menyelitkan bahasa Inggeris ketika mahu memberi penjelasan. Kita mesti bersikap fleksibel. Kita tidak mahu mempolitikkan isu bahasa, apa lagi kita mempunyai terlalu banyak suku etnik. Malah kita sudah menggunakan istilah etnik dalam bahasa kebangsaan, misalnya ‘merarau’ yang diambil dari suku Iban,” katanya sambil menambah semua pihak tidak boleh bersikap emosi dalam mengembangkan bahasa supaya ia dapat diterima dengan baik.
Bagi Setiausaha Jawatankuasa Penganjur BBK 2009 yang juga Pengarah DBP cawangan Sarawak, Jiso Rutan, pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah pelancaran adalah satu penghormatan, kerana acara berkenaan sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan.
Lebih bermakna katanya, rakyat pelbagai kaum di Sarawak adalah manifestasi konsep 1Malaysia dan bahasa kebangsaan adalah satu wahana dan satu medan yang boleh dijadikan alat untuk mencapai penyatuan lebih jitu.
“Keadaan di Sarawak amat berbeza kerana kita ada pelbagai suku kaum, tetapi dengan semangat 1Malaysia yang ada pada masyarakat Sarawak, saya yakin peluang untuk memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa besar di Sarawak sangat cerah,” katanya.
Penganjuran bulan bahasa yang menggembleng tenaga seluruh anggota masyarakat pada semua peringkat ini diadakan untuk mengukuhkan jati diri dan memperteguhkan perpaduan bangsa melalui bahasa dan sastera.
Pelbagai acara diadakan di setiap negeri dengan di Sarawak ia dimulakan dengan pelancaran Ekspo Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 di Kompleks Pelancongan di Kuching pada Sabtu lalu oleh Abang Johari dan ekspo berkenaan berlangsung selama empat hari.
Persembahan bermukun, kuiz BBK 2009, kuiz sumpit maklumat, pertandingan Juh Ngeja, program penerbitan ilmiah, pertandingan mewarna, majalah dalam kelas, kuiz minda QAF dan persembahan nyanyian lagu rakyat adalah antara pengisian ekspo berkenaan.
Pameran yang diadakan sempena ekspo itu pula memfokus kepada hasil penerbitan DBP sepanjang lebih setengah abad berjuang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ulung. Ini merangkumi kamus, istilah, ensiklopedia, karya-karya yang memenangi hadiah, karya agung, karya bahasa dan sastera serta hasil penerbitan menerusi projek Dana Penggerak Industri Buku, selain buletin, majalah dan penerbitan dalam bentuk multimedia.
Sejak sekian lama bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat memenuhi fungsinya dengan baik sebagai bahasa perpaduan, dalam memupuk dan meningkatkan kesefahaman serta menyuburkan rasa kebersamaan serta membina ikatan kukuh dalam anggota masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum, dan budaya.
Penulis ialah Ketua Biro Berita Harian, Sarawak

Sarawak dan Sabah contoh terbaik.
2009 September 17
by MAB
NASIONAL
Keharmonian inspirasi 1Malaysia
Oleh Syuhada Choo Abdullahchoo@bharian.com.my
Semangat perpaduan kukuh di Sabah dan Sarawak contoh terbaik: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat perpaduan yang kukuh serta keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah bukti perbezaan dalam kalangan rakyat berjaya menyatukan negara ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada komitmennya terhadap 1Malaysia.
Sambil menyifatkan kisah Sabah dan Sarawak sebagai ‘kisah 1Malaysia’, Perdana Menteri berkata, kekuatan sebenar Malaysia terserlah apabila rakyat daripada semua bangsa, agama dan keturunan saling hidup dalam keadaan harmoni.
“Sabah dan Sarawak adalah dua negeri terbesar kita, yang terpisah oleh lautan, namun amat penting kepada impian semua rakyat Malaysia bagi sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
“Ada banyak contoh yang bersemangat dan bertenaga untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia berbilang bangsa, agama dan etnik boleh menerima banyak perkara yang menyatukan kita, bukannya membiarkan beberapa perkara kecil memecahbelahkan kita,” katanya dalam kenyataan peribadi sempena Hari Malaysia, semalam.
Perdana Menteri yang berkongsi wawasannya bagi membina masa depan lebih cemerlang untuk semua rakyat Malaysia, turut mengimbas bagaimana penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung pada 1963 melahirkan Malaysia moden.
Najib berkata, ketika menyaksikan perayaan Gawai Dayak di rumah panjang di Sarawak, baru-baru ini, beliau menyedari penduduk negeri itu sudah pun menerima pakai nilai 1Malaysia, lama sebelumnya.
“Contoh ini merangsang komitmen saya. Kita hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan dan keharmonian boleh dicapai jika kita menerima dan menghormati kelainan rakyat kita,” katanya.
Perdana Menteri berkata, Sabah mengalami pertumbuhan pesat dalam keseluruhan sektor ekonominya dan beliau amat tertarik kepada semangat keusahawanan serta membawa pembaharuan pada rakyat negeri itu.
Bagaimanapun, katanya, kemajuan ekonomi di kedua-dua negeri itu tersekat oleh masalah rangkaian pengangkutan dan perkhidmatan. selain persekolahan akibat kekurangan dana.
“Sehubungan itu, saya memperluaskan bantuan kewangan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah dan Sarawak untuk projek prasarana penting, bekalan perkhidmatan dan penambahbaikan peluang pendidikan, terutama di kawasan luar bandar.
“Untuk membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni dengan masa depan yang cemerlang, kita mesti membangunkan negara kita sebagai 1Malaysia. Pelaburan yang diperbaharui dan diperluas bagi masa hadapan Sabah dan Sarawak yang sudah saya cadangkan (sebelum ini) adalah langkah ke arah itu.
“Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah rakyat Malaysia dan sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai,” katanya.

TPM kedua wajar Sabah, Sarawak sepertiga Malaysia: Dr Jeffry.
2009 September 26
by MAB
TPM kedua wajar Sabah, Sarawak sepertiga Malaysia: Dr Jeffry
SHAH ALAM – Sabah dan Sarawak wajar memiliki Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua kerana kedua-dua negeri itu adalah satu pertiga dari Malaysia.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffry Kitingan berkata, jawatan itu perlu diwujudkan memandangkan Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia.
Menurutnya, ramai masyarakat keliru dengan fakta sejarah kedua-dua negeri itu. Ada mengandaikan Sabah dan Sarawak menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia tetapi fakta sebenarnya Sabah, Sarawak dan Singapura bersama-sama membentuk Malaysia.
“Dalam situasi mewujudkan TPM kedua, kita sangat menyokong kerana Sabah, Sarawak dan Singapura adalah rakan kongsi menubuhkan Malaysia.
“Ini bermakna, jawatan itu perlu ada sebab kita berkongsi dalam penubuhan Malaysia.
“Selama 45 tahun pembentukan Malaysia, jawatan Perdana Menteri datang dari Semenanjung, untuk itu saya melihat sekurang-kurangnya jawatan TPM kali ini diberikan kepada majoriti masyarakat yang tinggal di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Guan Eng mencadangkan diwujudkan jawatan TPM kedua khusus untuk pemimpin Sabah dan Sarawak.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberi alasan, saiz kedua-dua negeri tersebut yang jauh lebih besar berbanding Semenanjung mewajarkan pembahagian yang lebih besar untuk pemimpin dan rakyat dua negeri berkenaan dalam pembahagian kuasa di peringkat Pusat.
Mengulas kedudukan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya jawatan TPM kedua diterima, Jeffry berkata, kedudukan Muhyiddin tidak tergugat.
“Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Misalnya, Muhyiddin memfokuskan tugas hanya pada Semenanjung sahaja manakala TPM kedua memberi tumpuan pada Sabah dan Sarawak,” katanya yang menggesa jawatan TPM kedua itu diwujudkan segera untuk penggal akan datang.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayup berkata, cadangan yang dikemukakan itu adalah kesinambungan cadangan yang pernah diketengahkan lima tahun yang lalu oleh PKR.
“Saya kira wajar TPM kedua diwujudkan dan dipertimbangkan segera sebab keadaan pembangunan dan pembelaan serta elemen-elemen lain ke atas rakyat Sabah dan Sarawak dilihat terkebelakang berbanding negeri lain,” katanya.
Beliau berkata, Sabah dan Sarawak seolah-olah diabaikan Kerajaan Pusat dalam segenap perkara.
“Kita dapat merasakan, mereka tidak akan menerima cadangan yang dikemukakan itu dengan pelbagai alasan yang diberikan.
“Namun, jika PR berjaya ambil alih Kerajaan Persekutuan kelak, kita akan mempertimbangkan idea itu dengan cukup serius kerana PR amat menitikberatkan kepentingan rakyat,” katanya.

Building a Brighter Future for All Malaysians.
2009 September 17
by MAB
PM’s personal statement on Malaysia Day
Building a Brighter Future for All Malaysians
Forty-six years ago today, Sabah and Sarawak united with peninsular Malaysia to complete what we now know as modern Malaysia. As we celebrate this anniversary, it is an important time to reflect upon our shared past, including the indispensible contributions that Sabah and Sarawak continue to make to the development of our nation. Minding these lessons, we must also concentrate our efforts on building a better future. On this Malaysia day, I would like to share my reflections on the contributions of Sabah and Sarawak, as well as my vision to build a better future for all Malaysians.
Sabah and Sarawak, our two largest states, separated by an ocean, are integral to the dream held by all Malaysians of a united and harmonious nation. They are vibrant examples of how Malaysians of different racial, religious and ethnic roots can come together around the many things that unite us, instead of allowing the few things that divide us to drive us apart. The story of Sabah and
Sarawak is the story of 1Malaysia, and has informed and inspired my commitment to this concept. They are a testament to the fact that our differences unite this country, and that the true power of Malaysia is revealed when Malaysians of all races, religions and ethnicities live in harmony with one another.
When I see the longhouse celebrations of Gawai Dayak in Sarawak, and feel the strong sense of solidarity among all of the people of Sarawak as I did during a recent two day visit, I cannot help but think that we are moving closer every day to the unity of 1Malaysia that I have committed to pursuing. In fact, I have concluded that the people of Sarawak had already adopted the values of 1Malaysia long before I explained its various elements. This example has driven my commitment, and, I believe, has had an important and lasting impact on Malaysia’s development. Malaysians of any race or creed need simply look to Sabah and Sarawak to gain an understanding of the incredibly strong and harmonious unity that can be found in accepting and respecting the diversity of our nation.
While we, as Malaysians, have learned a great deal from our easternmost states about achieving our dream of a united and harmonious nation, this is not the full story. We must also thank these states for what they have taught us about working towards a brighter future. Since they joined peninsular Malaysia in 1963, Sabah and Sarawak have played a vital role in the development of Malaysia’s economy, and that role continues to evolve. Although both states face challenging economic situations, they also demonstrate great promise in terms of their potential contribution to achieving a self-sufficient, stable and economically vibrant Malaysia by the year 2020, as outlined in Vision 2020.
During a recent visit to Sabah, I saw a vision of the bright future of Sabah and Sarawak. Though Sabah has experienced strong growth across many economic sectors, after many years of underdevelopment, what impressed me the most was the entrepreneurial and innovative spirit I saw in the Sabah people in their development of a thriving ecotourism industry. This spirit, which I believe is shared by all Malaysians, has driven tremendous growth in ecotourism and is turning Sabah into a significant contributor to the nation’s economy. In basic terms, Sabah has taken steps to shift away from an economy that was largely reliant on non-renewable resource based exports, towards one based on a sustainable service sector. The most important impact of this shift is the effect it will have on the people of Sabah, who will benefit from sustainable long-term employment options that will not disappear when resources run dry, not to mention the positive impact on the environment and preservation of natural habitats.
As I have outlined in my reflections, these states have had a lasting and significant impact on the development of Malaysia and we have all learned from their example. It is true that Sabah and Sarawak have experienced impressive growth, but they need the government’s help to reach their true potential. Currently, economic progress in these states is being hampered by inadequate transportation networks, underfunded schools and insufficient provision of services. That is why I have extended federal government grants to local authorities in Sabah and Sarawak. These funds, and future investment, will be directly applied where they are needed the most — they will be used for important infrastructure projects, the provision of services by local authorities and for improving educational opportunities, particularly in rural areas, all of which will provide both immediate and lasting benefits.
The Bakun National Hydroelectric Project in Sarawak is one example. The World’s second tallest concrete faced rockfill dam with a surface area roughly the size of Singapore, this amazing project will generate 2,400 megawatts of clean energy in a sustainable manner, making it the largest power project in Southeast Asia. The developers will work with the local community to provide areas for exhibiting local handicrafts and has plans for creating nature walks and eco parks in the surrounding area to further the needs of the local community. To build towards a unified and harmonious Malaysia with a bright future, we must develop our nation as 1Malaysia. The renewed and expanded investment in the future of Sabah and Sarawak that I have proposed is a step in this direction.
Doing so will ensure that we are providing the same opportunities to all and improving the lives of all Malaysians, regardless of race, religion or the corner of Malaysia that they choose to call home. In the end, whether we live in a remote longhouse or a high-rise in Kuala Lumpur, we are all Malaysians and we are all part of the 1Malaysia that we love.

2 comments:

Paula said...

I am surprised more people have not commented here because this is excellent work.

Unknown said...

I wish I had the ability to write as well as you do! I am searching about term paper writing on different blogs.